Sepasang suami isteri Raplh dan Phylis Tarrant yang menetap di Sheffield kini dinobatkan sebagai pasangan berkahwin paling lama di Britain.
Raplh yang berumur 106 dan Phylis 100 bergelar suami isteri selama 76 tahun dan rahsia mereka kekal bahagia ialah pertengkaran kecil yang berterusan.
Mereka sering bertengkar mengenai perkara yang remah temah tetapi tidak pernah bergaduh besar,bagaimanapun setiap kali mereka bertengkar yang bersalah akan serta merta meminta maaf dan tidak memperbesarkan perkara yang kecil.
Ralph juga kesal dengan trend anak muda kini kerana kerap lari daripada tanggungjawab mereka dan turut menyatakan kadar penceraian adalah amat tinggi.
Kebanyakan masalah penceraian adalah tidak mahu mengalah antara satu sama lain dan tidak mahu berusaha untuk mempertahankan rumahtangga.
Pasangan ini mula berkenalan pada 1926 dan menanti selama 7 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan mereka pada 1933.
Mereka dikurniakan 2 anak perempuan,Christine ,62 yang kini menetap di Amerika Syarikat dan Breda,72 menetap di Middlesbrough.
Pasangan bahagia ini turut memiliki, 7 cucu dan beberapa cicit.
* Renung-renunglah Pertengkaran, tidak semestinya menuju ke gerbang penceraian.
*what do you think about this?????
0 comments:
Post a Comment